Pages

Showing posts with label aku. Show all posts
Showing posts with label aku. Show all posts

Tuesday, December 7, 2010

hijrah ku

Assalamualaikum dan hepi new year kepada sekalian umat islam..

Syukur alhamdulillah..akhirnya sampai jugak aku di sabah tanah kelahiran ku...sandakan..huhu...
setelah 2jam45 minit berada diudara untuk berhijrah dari semenanjung malaysia ke sabah...penat...tapi gembira...

masa pukul 6.30 d kL td aku tersangat2 lapar...tapi aku tahan lapar ku..
sebab aku nak hari ini perut aku d isi dengan makanan dari sabah..huhuhu...masa naik kapal terbang terbayang2 la apaaaa la mak aku masak pagi2 ni...huhu..

 pisang goreng??



 jompok jompok??



atau sanggerak peppek?



waaaaaaaaaaahh..sedapnyaaaaaaa...
akan tetapi...sesampai aku di rumah..aku terhidu satu bau yang mencetuskan tsunami dalam perut aku...aku terhidu bau ni..









huhuhu...we call it COTO MAKASSAR!!!
huhuhu..sedapnya..dengan perut aku yg tengah sibuk nyanyi lagu Sabah Tanah Airku dan lagu Sayang Kinabalu ni...dengan cuaca sandakan yang sedang hujan..makan mknn yg bkuah2 panas2 lg..mmg..terangkat!hehe...
ditambah lagi dengan sambal taucu...woaaaaaaaaaaaaahhh...
makin la sedap..tambah lagi...


limau dan daun sup...


besa org campur bawang goreng..tp aku xsuka bawang..huhu...
 tu la cerita hijrah aku dari semenanjung ke sabah...

info untuk sambutan tahun hijrah?lebih baik dengan berdoa..


Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”
Berikut adalah Doa Akhir Tahun  doa-akhir-thn0.jpg
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
“Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.

-
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.
Berikut adalah Doa Awal Tahun








doa-awal-thn0.jpg 


Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
yg doa ni aku copy paste dr laman web orang..
apa kata is untuk amalan doa2 akhir dan awal tahun ni..ianya baik untuk diamalkan...perkara baik...mestila sokong...
ada yang mengatakan kalo betul dosa sepanjang tahun boleh diampunkan, bagus buat dosa sepanjang tahun dan hanya doa pada pada akhir dan awal hijrah...

sebenarnya...dosa kita diampunkan atau tidak..itu urusan Allah..dan kita dituntut untuk banyak meminta ampun...so..apa salahnya berdoa di akhir dan awal tahun?statement diatas tu adalah kesalah fahaman konsep doa oleh sebahagian individu...

so..marilah kita berhijrah kearah yang leih baik...doa akhir dan awal hijrah bukan lah salah..ianya hanya pengamalan doa..dan..ianya cuma bertemakan tahun hijrah..juga sempena memperingati sejarah nabi kita Muhammad SAW...
apa pun..sebarang ketidak puas hatian..boleh buat temu janji dengan saya k..hehe..
semoga pada tahun hijrah kali ini..kita beroleh keberkatan dan pengampunan dari Allah...
sekian tuk cerita hijrah...
daaa~ mau sambung makan coto lg..hehe..



Thursday, November 11, 2010

aku penakut!!!

Assalamualaikum wbt..
ini bukan blog aku yang pertama...ini adalah yang ke 10 entah yg ke berapa..
tapi kali ni aku akan buat yg serius pnya..baik punya..
untuk post yg pertama ni..aku ingin berkongsi satu kehebatan kebodohan dalam diri aku...
iaitu...
AKU TAKUT LIPAS!!!




 sebenarnya bukan lipas sahaja yg ak takut..smua serangga2 terbang aku takut..bg aku smua serangga2 terbang adalah berbisa...dan kalau serangga2 terbang ni hinggap kat mana2 anggota bdn aku...menara kL pun aku boleh lompat rasanya...sebab tersangat2 takut...
dan...
kenapa aku highlight lipas?
sebab..aku ada kenangan manis ngan lipas ni atau nama manjanya kak li...
begini ceritanya..
pada suatu masa dahulu...di sebuah kampung setinggan bernama BDC...tinggallah seorang budak  comel bernama ismail..
dia mempunyai 3 org kakak yg cantik2 semuanya...bak bidadari la...
tapi...kerana keakraban ismail dan kakak2nya...apa yang kakak2 ismail ne buat...pasti ismail akan terikut2...
pada satu hari...ismail yg sedang bermain guli di luar rumah terdengar kakak2nya berteriakan di dalam rumah...ismail pun terkejut lalu berlari masuk ke rumah untuk lihat apa yang berlaku...ismail makin terkejut kerana melihat kakak2nya berada di ruang tamu ketakutan sambil menutup badan meraka dengan selimut...kakak2 ismail menjerit2...lipas!lipas!
melihat kelakuan kakaknya yang takut dengan lipas itu..ismail pun terikut2 takut dengan lipas yang terbang kesana kemari di rumah itu..lalu dia pun ingin berlari bersembunyi dengan kakak2nya didalam selimut..akan tetapi...lipas yg kejam ini sempat melihat niat ismail yg ingin melarikan diri darinya..lalu..lipas ini pun mengejar ismail dengan kelajuan 500km sejam..dan...
lipas itu pun berjaya menyentuh kaki ismail...lalu berlari naik keatas badan ismail...
ismail teramatlah takut dengan sentuhan manja kaki lipas tersebut...lipas tersebut pun terus memecut kearah kepala ismail...
akan tetapi..sebelum sampai kekepala ismail..
ismail sempat menjepit lipas itu di tengkuknya...lipas itu kesakitan lalu menggerakkan kakinya untuk mencapai telefon bimbitnya utk mendail 999.ismail semakin takut dengan pergerakan lipas itu di lehernya lalu menjerit..bapaaaaaaaaaaaaakkk!!! dan menguatkan himpitan tengkuknya keatas lipas itu...kakak2 ismail tergamam melihat kejadian itu...ismail menangis dan menjerit sekuat hati memanggil bapanya...
bapa ismail yang sedang memasak masakan manado yg bernama garo rica pun terkejut..

tau apa itu garo rica?haha..nt saya cerita..untuk post2 yang akan dtg ok!
iklan sebentar..sori2..haha..

bapa ismail pun bergegas ke ruang tamu dan terkejut melihat anaknya yang comel itu sedang menangis...
ismail tidak dapat berkata2 lagi..dia hanya menjerit2 memanggil bapanya..matanya tertutup rapat kerana menumpukan sepenuh tenaga untuk menjepit lipas di tengkuknya...bapa ismail yang hensem itu pun berkata..kau kenapa *nang?kenapa lehermu?
ismail tidak dapat berkata2 dan masih menumpukan seluruh tenaganya di tengkuknya..ismail yang menyedari kehadiran bapanya memberi isyarat dengan menunjuk ke arah tengkuknya...bapanya pun dtg kepadanya dan mencuba meluruskan tengkuk ismail akan tetapi tidak berjaya..ismail masih berkeras dengan tidak mahu melepaskan lipas itu..dia takut lipas itu akan lari jika ia lepaskan..walhal lipas tersebut sudah sampai ajalnya..
eeeeee~ jgn bygkan..haha..gelii...
bapa ismail pun bertanya sekali lagi dengan nada yang risau...kenapa dengan leher mu nang...
ismail membuka matanya perlahan2..dengan melihat ada bapanya di hadapannya..dia berasa selamat dan mengurangkan kekuatan jepitan tengkuknya..
bapa ismail pun mencuba sekali lagi meluruskan tengkuk ismail..dengan penuh berhati2..akhirnya bapa ismail pun berjaya meluruskannya..
lalu berkata "laaaa, ko di cium lipas nang?" sambil tersenyum...
ismail berasa sangat2 geli dengan bau yang busuk lalu bergegas ke tandas dan mandi...
sejak dari peristiwa itu..insan bernama ismail itu sangat tajut dengan lipas...


itu lah kenangan ku dengan serangga tu yang menyebabkan aku sangat2 takut dengan lipas..

aku pun heran mcm mna laaaa abg ni bolemkn lipas plak..eeeeeeeeeeeeeee!sies aku geli...aku pegang pun takut..inikan pula makan..ish..
ok setakat itu sajalah kali ini..nak muntah rasanya...daaa~