SOALAN : salam ya ustaz, sy nak bertanya.. sy ada mendengar ttg bahawasanya solat jamak dibolehkn dalam keadaan darurat, bukan dalam keadaan musafir sahaja.. berbeza dgn solat qasar hanya utk musafir sahaja.. contohnya dalam keadaan kuliah bermula sebelum waktu zohor sehingga lewat waktunya sehingga ingin habis waktu asar, dikatakn boleh jamak tidak untuk qasar,, takutnya terlepas waktu asar.. adakah ianya benar ya ustaz?
JAWAPAN :
shukran Al-Qur'an dan as-Sunnah sememangnya ada mengajar kita tentang perihal menunaikan solat-solat fardhu di luar waktu yang ditetapkan. Akan tetapi kebolehan ini hanya atas beberapa sebab yang juga telah dijelaskan secara terperinci oleh kedua sumber syari'at tersebut, iaitu:
1. Apabila seseorang itu tertidur sehingga luput waktu solatnya.![]() |
| sekadar hiasan |
2. Apabila seseorang itu terlupa sehingga luput waktu solatnya.
3. Apabila tersilap kiraan waktu solat sehingga terluput waktu yang sebenarnya.
4. Apabila seseorang itu berhadapan dengan situasi darurat sehingga terluput waktu solatnya. Memang ada pandangan berkaitan keharusan melaksanakan jamak jika berada di dalam keadaan darurat.
Tetapi, Secara peribadi, saya berpandangan, solat jamak kerana situasi ini tidaklah dengan keperluan yang mendesak. Ertinya, tunaikanlah solat zuhur dan asar dengan sempurna sekiranya mendapat izin lecturer.. Apatah lagi, untuk menunaikan solat tidaklah mengambil masa yang terlalu lama. Berbincanglah dengan lecturer untuk memberikan keizinan menunaikan solat sebentar.
| |
| sekadar hiasan |
Aku copy dari aplikasi soaljawab agama laman portal UniMAP.

ooohh..i see too~ thnks 4 da info!
ReplyDelete