Pages

Tuesday, November 23, 2010

jaga hati orang lain?

"bila kita jaga hati seseorang...
kita bakal menyakiti hati ramai orang...
bila kita jaga hati ramai orang...
kita bakal menyakiti hati sendiri...
bila kita menjaga hati sendiri...
kita bakal menjaga kesemua hati..."

aku tiba2 boleh terfikir kata2 di atas tu...
sebab..aku tertanya2..kenapa kita perlu bersusah payah jaga hati orang?
sedangkan caranya ialah dengan menjaga hati sendiri..
aku teringat sabda nabi SAW..
"dalam diri anak adam itu ada segumpal darah. jika ianya baik, maka baiklah seluruh tubuh. dan jika ianya buruk, maka buruklah seluruh tubuh. Ketahuilah segumpal darah itu adlh hati..."

jadi...inilah cara yang sebenar menjaga hati orang lain...langkah pertama kita..jaga hati sendiri...
sebenarnya..tiadalah layaknya diri ini untuk menasihati para pembaca sekalian..
tp...
dengan sedikit kata2 dari is ni aku harap para pembaca sekalian mengambil pengajaran..ok..
that's all from apa kata is today...
daaa~
 

Wednesday, November 17, 2010

di hari raya korban

assalamualaikum...
alhamdulillah..
puji dan syukur serta kebesaran hanya lah pada Allah swt...
selawat serta salam kepada kekasih Allah muhammad saw..serta kerabat baginda..
ya Allah..
aku bersyukur...aku masih dapat menghirup udara segar mu pada pagi 10 dzulhijjah ini..aku bersyukur kerana masih mempunyai baju melayu untuk ku pakai hari ini...
ya Allah...
raya kali ini aku tidak beraya bersama keluarga ku ya Allah...
akan tetapi..aku bersyukur kerana kau mengurniakan aku sahabat yang boleh menemani aku dan membantu aku di kala aku memerlukan bantuan...bgku mereka lah keluarga ku saat ini..
ya Allah...
atas takdirmu lah yg menamakan aku dengan nama ismail...dan pada setiap tahun pada 10 dzulhijjah..seluruh masjid akan menyebut nama ku ya Allah..
dengan suara khatib yg menyebut2 nama ku berulang kali..bukanlah menjadi satu kebanggaan bagi ku...tetapi..kelihatan seperti kau memanggilku ya Allah..aku amat tersentuh dengan panggilan mu itu ya Allah...diri ku terasa di sayangimu...mungkin itu adalah panggilan mu untuk mengingatkan aku supaya mendekati mu...kerana kau tahu aku leka dari mengingatmu..
ya Allah..
sesungguhnya aku lemah ya Allah..berikan lah aku kekuatan seperti nabi ismail as...berikan lah aku sifat ketaatan seperti nabi ismail as...moga dengan ketaatan dan kekuatan itu..aku boleh memperbaiki diri ku..di jalan mu..kerana hanya engkaulah yg Maha Kuat lg Maha Pengasih..
amien ya robbal 'alamin...

raya ku kali ini hanya bersama kawan2..kalo nak tau ni lah 1st time ak hnya beraya bersama kawan2 aku...xpernah lg beraya tanpa sanak saudara dan ibu bapa...huhu...sedih?xla sedih..tp rindu itu ada..aku teringat..setiap kali balik dari solat raya..aku mesti akan peluk mak n bpak aku...siapa yang tidak rindu belaian ibu bapa?terutama di hari raya ni lg..aku pun xtau la mcm mna ayahanda ku d sana..mampukah dia pergi solat raya?ksian..huhu...moga Allah berikan kekuatan kepadanya dan pada kita semua..

sekian tuk kali ni..
sempena raya ini..aku mohon maaf atas salah silap aku..dari hujung rambut hingga hujung kaki...

Tuesday, November 16, 2010

jangan bertindak mengkhinzir buta

assalamualaikum readers..
kali ni..kata is..

"jangan bertindak mengkhinzir buta"

kenapa plak tiba2 tukar dari B*** ke khinzir kan?supaya lebih sopan la kononnya.
tujuan aku berkata2 demikian sebab sebenarnya aku teringat satu movie yang agak lama la jugak..tp baru2 ni aku tgk balik..
mmg bes..tajuk movie tu...
DE DANA DAN...
haaaaa..movie ni..korg mesti tgk..mmg bes...

kepada yang belum tengok tu..tengok sekarang..memang lucu..dan menarik..aku lum pernah tengok lagi filem yg smua watak dlm filem tu salah faham antara satu sama lain..hahaha..
pengajaran dlm filem ne..jgn bertindak mengkhinzir buta..hehe..

di lakonkan oleh akshay kumar, katrina kaif(ex aku..hehe), sunil shetty...
ramai gak star2 blakon dlm ne..so..smua watak dlm ni hidup..

kalo nak cerita ni..aku ada..
tp..kena bt temu janji lu r..hehe..
dan..bawa $ sekali..hehe..
ok..sekian tuk kali ni..
daaa~

Sunday, November 14, 2010

perpustakaan

6.47 p.m.
langsung bersiaran dari library unimap in kangar,perlis.
jam sudah menunjukkan tepat 6.48 ptg..
baru sahaja habis menunaikan kewajipan kami makan di gerai nasi lemak billboard(kata ayie si pemberi nama gerai)..
kali ini..kekuatan anggota tidak seramai seperti sebelum ini...
semakin naik semester...semakin kurg anggota ke library ni...lebih2 lagi raya yang bakal tiba beberapa hari lagi..anggota yang lain mungkin sibuk membuat persiapan...xpa..kami di sini berharap mereka membawa ole2 raya untuk kami yang tidak balik beraya..yeah!
kami????aku sorg jak rasanya yang x balik!uwawaawawawa~
xpa..tu baru pengorbanan...

kalau ikut hati..mahu saja aku namakan library ni..library final exam..sebab..masa final exam baru ramai pelajar berpusu2 ke mari...

hari ini..aku ke library dengan satu matlamat yang besar!!iaitu...belajar cari tips2 untuk final!!
haha...tips2 final exam ni amat penting untuk kesihatan pointer kita tau!
jadi..untuk menjimatkan masa belajar..untuk mengurangkan kebingungan memilih mana bab yang ingin dipelajari...tips amat memainkan peranan yang amat penting di situ ya...
syukuuurr..aku dah dapat tips untuk math nt...hrp2 kluar soalan mcm tu..bole gak up lg pointer sem ni...thanx to org yg bg tips..hehe..hrp2 dia x mintak tip($) jugak la ya..hahha...
bermula esok..aku akan study sungguh2 untuk final ni...x caya tgk sendiri..esok aku akan ke library final exam ni dan bertapa di sni...
huh...geram tgk orang kiri kanan aku ne duk study...
ak pun nak selak2 la sket2 buku math tu...harap2 ada income...
ok..stakat ini sajalah laporan dalam apa kata is untuk kali ini..
saya ismail makanlalang melaporkan dari meja 13 karel berwayar di library final exam...
sekian...

Saturday, November 13, 2010

laptop ku berlari dan bukan berjalan

Assalamualaikum pembuka kata...
kali ni aku nak bgtau satu benda yang mungkin akan mengubah hidup korang..
bukan nak bangga2 la...tapi sekadar hanya ingin berkongsi ilmu...
sebelum tu nak tanya...
komputer korang la, kalau dari mula tekan butang on sehingga buka mozilla atau chrome atau IE ambil masa berapa lama?

komputer aku..hanya mengambil masa dlm 10 saat! wow! how come?


kepada sesiapa yg tertanya2 pa bnda la yg is nak kata ni..x faham...
haaaa...
tahukah anda selain windows..ada banyak lagi operating sistem yang lain?
salah satunya..ubuntu...
dan yang aku kata 10 saat tu tadi...
sebab aku dah install ubuntu netbook edition kat dalam laptop aku...
dan..amat berpuas hati dengan kelajuan respon komputer aku..xda la hang ka...
bunyi kotok3 kaa...xda..
ubuntu juga sama seperti windows..cuma..ianya free!
mari tengok gambar2 di bawah ni...jgn risau..ni bukan blog gambar lebih pandai bercerita..aku akan ceritakan gambar2 tersebut..hahaha...



 haaaaa...ni diaa..ubuntu pnya rupa...ni yang edisi netbook punya...sama seperti windows..ada skype..ada media player...yang bezanya?
ubuntu ada 'workspace' !
tengok gambar di bawan ni..itu lah workspace..



haaa..apa pulak laaaaa workspace ni kan?
simple jak nak jwb...ruang kerja...haha..
jadi dalam ubuntu..anda ada byk ruang untuk bekerja...

apa kata aku untuk workspace ni...ianya melapangkan mata aku..laptop aku x nampak serabut walau dah buka 10 program sekali gus..sebab..boleh pecah2kan di ruang lain...




ni pulak gambar tengah buat post ni..hehe...

haaaa...
berminat dengan ubuntu?
sudah2 la menggunakan software yang cetak rompak tu..meh guna ubuntu..
jgn risau anda tidak akan buntu..haha...ramai orang boleh membantu anda...
jika berminat anda boleh selak2 di sini
jika inginkan demonstrasi..boleh lah hubungi saya dan buat temu janji ya..hehehe..
sekian untuk kali ini..

Thursday, November 11, 2010

aku penakut!!!

Assalamualaikum wbt..
ini bukan blog aku yang pertama...ini adalah yang ke 10 entah yg ke berapa..
tapi kali ni aku akan buat yg serius pnya..baik punya..
untuk post yg pertama ni..aku ingin berkongsi satu kehebatan kebodohan dalam diri aku...
iaitu...
AKU TAKUT LIPAS!!!




 sebenarnya bukan lipas sahaja yg ak takut..smua serangga2 terbang aku takut..bg aku smua serangga2 terbang adalah berbisa...dan kalau serangga2 terbang ni hinggap kat mana2 anggota bdn aku...menara kL pun aku boleh lompat rasanya...sebab tersangat2 takut...
dan...
kenapa aku highlight lipas?
sebab..aku ada kenangan manis ngan lipas ni atau nama manjanya kak li...
begini ceritanya..
pada suatu masa dahulu...di sebuah kampung setinggan bernama BDC...tinggallah seorang budak  comel bernama ismail..
dia mempunyai 3 org kakak yg cantik2 semuanya...bak bidadari la...
tapi...kerana keakraban ismail dan kakak2nya...apa yang kakak2 ismail ne buat...pasti ismail akan terikut2...
pada satu hari...ismail yg sedang bermain guli di luar rumah terdengar kakak2nya berteriakan di dalam rumah...ismail pun terkejut lalu berlari masuk ke rumah untuk lihat apa yang berlaku...ismail makin terkejut kerana melihat kakak2nya berada di ruang tamu ketakutan sambil menutup badan meraka dengan selimut...kakak2 ismail menjerit2...lipas!lipas!
melihat kelakuan kakaknya yang takut dengan lipas itu..ismail pun terikut2 takut dengan lipas yang terbang kesana kemari di rumah itu..lalu dia pun ingin berlari bersembunyi dengan kakak2nya didalam selimut..akan tetapi...lipas yg kejam ini sempat melihat niat ismail yg ingin melarikan diri darinya..lalu..lipas ini pun mengejar ismail dengan kelajuan 500km sejam..dan...
lipas itu pun berjaya menyentuh kaki ismail...lalu berlari naik keatas badan ismail...
ismail teramatlah takut dengan sentuhan manja kaki lipas tersebut...lipas tersebut pun terus memecut kearah kepala ismail...
akan tetapi..sebelum sampai kekepala ismail..
ismail sempat menjepit lipas itu di tengkuknya...lipas itu kesakitan lalu menggerakkan kakinya untuk mencapai telefon bimbitnya utk mendail 999.ismail semakin takut dengan pergerakan lipas itu di lehernya lalu menjerit..bapaaaaaaaaaaaaakkk!!! dan menguatkan himpitan tengkuknya keatas lipas itu...kakak2 ismail tergamam melihat kejadian itu...ismail menangis dan menjerit sekuat hati memanggil bapanya...
bapa ismail yang sedang memasak masakan manado yg bernama garo rica pun terkejut..

tau apa itu garo rica?haha..nt saya cerita..untuk post2 yang akan dtg ok!
iklan sebentar..sori2..haha..

bapa ismail pun bergegas ke ruang tamu dan terkejut melihat anaknya yang comel itu sedang menangis...
ismail tidak dapat berkata2 lagi..dia hanya menjerit2 memanggil bapanya..matanya tertutup rapat kerana menumpukan sepenuh tenaga untuk menjepit lipas di tengkuknya...bapa ismail yang hensem itu pun berkata..kau kenapa *nang?kenapa lehermu?
ismail tidak dapat berkata2 dan masih menumpukan seluruh tenaganya di tengkuknya..ismail yang menyedari kehadiran bapanya memberi isyarat dengan menunjuk ke arah tengkuknya...bapanya pun dtg kepadanya dan mencuba meluruskan tengkuk ismail akan tetapi tidak berjaya..ismail masih berkeras dengan tidak mahu melepaskan lipas itu..dia takut lipas itu akan lari jika ia lepaskan..walhal lipas tersebut sudah sampai ajalnya..
eeeeee~ jgn bygkan..haha..gelii...
bapa ismail pun bertanya sekali lagi dengan nada yang risau...kenapa dengan leher mu nang...
ismail membuka matanya perlahan2..dengan melihat ada bapanya di hadapannya..dia berasa selamat dan mengurangkan kekuatan jepitan tengkuknya..
bapa ismail pun mencuba sekali lagi meluruskan tengkuk ismail..dengan penuh berhati2..akhirnya bapa ismail pun berjaya meluruskannya..
lalu berkata "laaaa, ko di cium lipas nang?" sambil tersenyum...
ismail berasa sangat2 geli dengan bau yang busuk lalu bergegas ke tandas dan mandi...
sejak dari peristiwa itu..insan bernama ismail itu sangat tajut dengan lipas...


itu lah kenangan ku dengan serangga tu yang menyebabkan aku sangat2 takut dengan lipas..

aku pun heran mcm mna laaaa abg ni bolemkn lipas plak..eeeeeeeeeeeeeee!sies aku geli...aku pegang pun takut..inikan pula makan..ish..
ok setakat itu sajalah kali ini..nak muntah rasanya...daaa~